Info Kunyit Putih

Salam 1 Malaysia..
BR Herba Resources merupakan salah satu daripada syarikat dalam Malaysia yang mengeluarkan herba semulajadi Kunyit Putih..
Sebenarnya, herba ini lebih banyak terdapat di Indonesia berbanding di Malaysia..
Oleh kerana itulah, apabila kita mencari maklumat mengenai herba ini, kebanyakan infonya datang dari negara sana..
Oleh hal yang demikian, rakyat Indonesia lebih menyedari akan kebaikan, kepentingan, khasiat serta kegunaan Herba Semulajadi Kunyit Putih ini berbanding rakyat Malaysia..
Kunyit Putih ini mampu mengatasi dan mengekalkan kesihatan dan kecantikan setiap individu..
Di sini, kami akan mendedahkan pada anda sekalian mengenai info yang sangat berguna mengenai Kunyit Putih..  

Sebagai santapan mata anda, kami juga menyediakan lampiran terhadap kajian yang dijalankan dan telah diluluskan oleh KEDAH BioRESOURCES CORPORATION SDN. BHD. (KBioCORP) bagi membuktikan bahawa Kunyit Putih ini selamat dan tidak beracun..

KLIK SINI UNTUK MELIHAT >> SIJIL KAJIAN DARI KBioCORP <<

Tidak lupa juga, kami turut melampirkan kepada anda maklumat nutrisi terhadap Kunyit Putih yang sekali lagi dijalankan oleh KEDAH BioRESOURCES CORPORATION SDN. BHD. (KBioCORP)..

KLIK SINI UNTUK MELIHAT >> MAKLUMAT NUTRISI DARI KBioCORP << 

KUNYIT PUTIH

Kunyit Putih (Curcuma Zedoaria) telah lama dikenali dengan meluas oleh masyarakat di mana ia mempunyai khasiat yang bertindak sebagai anti-kanser dan tumor yang berkesan..
Selain untuk penyembuhan dan pencegahan kanser, Kunyit Putih juga mampu mengatasi dan mengubati pelbagai masalah kewanitaan seperti keputihan dan senggugut..
Terdapat banyak sekali manfaat Kunyit Putih di mana kajian juga sudah dijalankan diluar dan di dalam negeri dengan ujian farmakologi, toksikologi pada binatang sehinggalah ujian klinikal tentang manfaat ekstrak Kunyit Putih untuk terapi kanser..
Kebiasaannya, di Jawa, Kunyit Putih sering digunakan sebagai penyembuh demam dan pengeluar toksid yang berbentuk peluh, sedangkan di Dayak pula, Kunyit Putih ini dijadikan sebagai ubat kepada batuk berdarah dan keracunan makanan. Bagi wanita yang sedang nifas, Kunyit Putih berperanan sebagai pembersih..
Kunyit Putih juga boleh dikunyah sebagai alternatif masalah nafas berbau.. Air rebusannya pula boleh mengubati sakit gigi, masalah pencernaan dan masuk angin..
Menurut buku Anti Cancer Medical Herbs, iaitu buku yang dihasilkan berdasarkan kajian Chan Minyi bersama rakan-rakannya, Curcuma Zedoaria mempunyai tahap keberkesanan yang tinggi untuk mengatasi kanser dan tumor..
Berdasarkan hasil penelitian American Institute Cancer Report (New York Time) 1 Jun 1999 dan juga pakar Fakulti Farmasi atupun PAU Bioteknologi serta PPOT UGM Yogyakarta menyatakan bahawa terdapat kandungan aktif di dalam Kunyit Putih..
 Antara kandungannya ialah :
RIP (Ribosome Inacting Protein) yang berfungsi mematikan perkembangan sel kanser, meruntuhkan sel kanser tanpa merosakkan tisu di sekitarnya dan menyekat pertumbuhan sel kanser..
Zat Antioksidan yang mampu mencegah kerosakan gen..
Zat Anti-curcumin yang bertindak sebagai anti-inflamasi (anti-keradangan)..
Dengan adanya kandungan aktif yang dimilikinya, Kunyit Putih dapat menyembuhkan Kanser dan Tumor, Gastrik, Radang Tekak, Radang Hati, Bronkhitis, Tonsil, Senggugut, Keputihan, Jerawat, Bisul, Diabetes, Asma, Darah Tinggi, Stroke, Sakit Jantung serta menurunkan Kolesterol..
Walau bagaimanapun, sebaiknya Kunyit Putih ini tidak digunakan ketika hamil kerana boleh mengakibatkan keguguran..
Antara kesan sampingan penggunaan pada bulan pertama ialah sering membuang air, pening dan timbul rasa tidak selesa..
Untuk mengurangkan pening dan rasa tidak selesa, pengguna Kunyit Putih disyorkan agar memakan makanan yang berkhasiat dan mengambil vitamin secara teratur serta banyakkan minum air putih..

KUNYIT PUTIH


        Nama Tempatan  : Kunyit Putih
        Nama Saintifik     : Kaempferiae Rotundae Rhizoma
        Nama Lain           : Jawa - Kunci Pepet, Temu Rapet,
                                       Ardong (Jawa), Kunir Putih (Sunda)
                                       Madura - Konce.Pet
                                       Melayu - Temu Putri, T.Rapet
         Famili                  : Zingiberaceae


Penyakit Yang Dapat Diubati
Bahagian akar mengeluarkan rasa yang pahit, manakala sifatnya pula menyejukkan.. Berkhasiat sebagai anti-radang, membuang angin dan mempercepatkan penyembuhan luka..
Huraian
 Kunci pepet atau kunir putih sering disebut sebagai "Kunyit Putih" atau "Curcuma alba", sebutan nama latin yang salah.. 
Kerana daunnya bercorak indah dan tumbuhnya tidak tinggi, di mana gaya tumbuhan tersebut menyerupai tanaman hiasan, ia sering ditanam di perkarangan atau di dalam pasu..
 Kunci pepet juga boleh dijumpai tumbuh meliar di beberapa tempat di bahagian timur Jawa sehingga ketinggian kurang dari 750m dpl..
Selain digunakan sebagai campuran herba tradisional, kunci pepet juga sering digunakan untuk kosmetik tradisional..
Terdapat dua fasa pertumbuhan kunci pepet
Fasa pertama disebut sebagai fasa vegetatif, iaitu pertumbuhan normal seperti biasa dengan daun dan batang semu (pseudo-stem)..
Fasa kedua disebut sebagai fasa generatif, iaitu dapat dilihat bunga-bunganya sahaja..
Inilah bunganya.. Cantik kan?
Bunga Tumbuhan Herba Kunyit Putih
Tanaman ini terdapat pada dataran rendah dengan ketinggian kurang dari 750 m dpl.. 
Kebanyakannya ditemukan di Sumatera dan Jawa.. Selain itu, ia juga ditemukan di India, Srilanka, dan Malaysia.. Salah satunya di Malaysia ialah BR Herba Resources..
Daunnya tunggal, helaian daunnya pula berbentuk lanset, panjang 20-30 cm, lebar 7,5-10 cm, hujungnya runcing, pangkalnya berpelepah, tepinya rata, dan warnanya hijau muda dengan bahagian tengah bercorak warna coklat (boleh rujuk gambar kunyit putih di atas)..
  Bunga keluar dari rimpang dengan batang semu yang amat pendek.. Bunga boleh tumbuh berkumpulan, sering mekar beberapa kuntum sekaligus, warnanya ungu muda kemerahan (boleh rujuk gambar bunga di atas)..
 Akarnya berdaging membentuk rimpang yang tidak terlalu besar, iaitu seukuran telur puyuh.. 
Dari rimpang induk, keluar akar-akar kasar yang hujungnya terdapat anak-anak rimpang(anak-anak akar) yang berair dan tampak tumbuh berkumpulan menutupi rimpang induk.. 
Jika rimpang dibelah, warnanya kelihatan putih pucat, berserat halus, dan rasanya pahit.. 
Jika bunganya sudah keluar, itu bermaksud rimpangnya sudah boleh dituai.. 
Ubi muda boleh dijadikan sebagai ulam-ulaman.. 
Bahagian Yang Digunakan
Bahagian tanaman yang digunakan sebagai ubat adalah rimpangnya.. Digunakan untuk mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut memulas, dan bengkak kerana lebam, terseliuh..
Cara Pemakaian
Untuk pemakaian luar, gunakan parutan rimpang untuk menurap bahagian tubuh yang lebam, terseliuh, dan bisul yang sukar pecah.. Setelah digiling halus menjadi serbuk, rimpang induk yang telah dikeringkan boleh digunakan sebagai bedak..
Contoh Pemakaian Masyarakat
Bengkak, memar, bisul 
Cuci bersih rimpang induk kunci pepet yang segar, lalu tumbuk sampai halus.. Jika menggunakan rimpang kering, tambahkan sedikit air.. Tampalkan hasilnya pada bahagian tubuh yang lebam atau bengkak, lalu dibalut..
Mengeluarkan angin dari perut  
Bancuh serbuk kunci pepet sebanyak satu sudu teh dengan secawan air panas, lalu ditutup.. Diminum setelah sejuk..

KUNYIT PUTIH 

Kunyit putih diyakini memiliki khasiat antikanser. Meskipun demikian, cuma kunyit putih jenis mangga (Curcuma mangga) yang tumbuh terbatas di tempat yang bersuhu dingin di Indonesia, yang dapat mencegah atau mengubati kanser. Kunyit putih ini mempunyai ciri tertentu, antara lain bintik ubinya seperti halia dan berwarna kuning muda (krim). Dalam keadaan segar baunya seperti buah mangga kuini dan apabila telah diekstrak atau dijadikan serbuk, warnanya tetap kuning muda (krim).
Menurut Ketua Direktorat Pengawasan Obat Tradisional Ditjen POM, Ketut Ritiasa, penelitian tentang kunyit putih telah dilakukan di Cina sejak tahun 1988. Kunyit putih diketahui mengandungi minyak atsiri yang terdiri dari curdione dan curcumol..
Kunyit putih bersifat antioksidan dan dapat menahan zat radikal bebas yang menjadi penyebab tumbuhnya sel kanser serta dapat meningkatkan sel darah merah. "Tetapi kunyit putih sebaiknya tidak digunakan pada masa kehamilan kerana dapat mengakibatkan keguguran," ingat Ketut.
Kecil ukurannya.. Tetapi jangan diremehkan khasiatnya. Kunyit putih atau temu putih adalah satu di antara tanaman berkhasiat yang boleh diolah menjadi ubat tradisional. Bernama latin Curcuma zedoaria, kunyit putih merupakan tanaman rimpang atau ubi-ubian. Sekilas tanaman ini serupa dengan temu mangga, sebab warnanya sama-sama putih.
Kunyit atau kunir putih juga berbeza dengan kunyit kuning yang berwarna kuning. Tanaman ini bermanfaat untuk melegakan perut yang kembung. Bahkan sebahagian orang menyakininya dapat mencegah kanser. Juga ada yang mendakwanya sebagai ubat kanser.
Boleh jadi ini kerana kunir putih memiliki sifat antikanser lewat kerja imunomodulator-nya. Ekstrak kedua tanaman ini pada percubaan keatas tikus ternyata memperbanyak jumlah limfosit, meningkatkan ketoksikan sel pembunuh kanser (natural killer) dan sintetik antibodi spesifik. Sifat-sifat di atas akan menguatkan mekanisme pertahanan tubuh terhadap virus mahupun sel kanser..

Comments

  1. Boleh saya beli benih kunyit putih?

    ReplyDelete
  2. dimana saya boleh dptkan kunyit putih ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana berminat,
      kami hanya membekalkan kunyit putih dalam bentuk powder 1 kg@1/2 kg
      terdapat juga dalam bentuk kapsul (pure kunyit putih tanpa campuran bahan lain)
      untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah
      wasap 019-4265833@04-7590667 (Office)

      Delete
  3. salam, dimana sy boleh dptkn kunyit putih?

    ReplyDelete
  4. Ada jual produk atau benih kunyit putih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana berminat,
      kami hanya membekalkan kunyit putih dalam bentuk powder 1 kg@1/2 kg
      terdapat juga dalam bentuk kapsul (pure kunyit putih tanpa campuran bahan lain)
      untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah
      wasap 019-4265833@04-7590667 (Office)

      Delete
  5. salam. saya berminat untuk membeli kunyit putih bagi tujuan perubatan. sukar untuk mencari kunyit putih di tempat saya. sy amat memerlukan nya secepat yg mungkin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam

      terima kasih kerana berminat,
      kami hanya membekalkan kunyit putih dalam bentuk powder 1 kg@1/2 kg
      terdapat juga dalam bentuk kapsul (pure kunyit putih tanpa campuran bahan lain)
      untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah
      wasap 019-4265833@04-7590667 (Office)

      Delete
  6. Dimana boleh saya dapat kan benih nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana berminat,
      kami hanya membekalkan kunyit putih dalam bentuk powder 1 kg@1/2 kg
      terdapat juga dalam bentuk kapsul (pure kunyit putih tanpa campuran bahan lain)
      untuk sebarang pertanyaan lanjut bolehlah
      wasap 019-4265833@04-7590667 (Office)

      Delete
  7. I have googled to find the botanical name of kunyit putih and have found two: Curcuma mangga and C. zedoaria. Are they the same species or two different ones? Would appreciate your reply. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES,
      Curcuma mangga and Curcuma zedoaria(scientific name). Are they is the same species for white turmeric.

      Thank you for your interest,
      we only supply white turmeric in powder form 1 kg @ 1/2 kg
      there is also a capsule (pure white turmeric without a mixture of other ingredients)
      for any further questions you can
      fume 019-4265833 @ 04-7590667 (Office)

      Delete
  8. I have googled to find the botanical name of kunyit putih and have found two: Curcuma mangga and C. zedoaria. Are they the same species or two different ones? Would appreciate your reply. Thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YES,
      Curcuma mangga and Curcuma zedoaria(scientific name). Are they is the same species for white turmeric.

      Thank you for your interest,
      we only supply white turmeric in powder form 1 kg @ 1/2 kg
      there is also a capsule (pure white turmeric without a mixture of other ingredients)
      for any further questions you can
      fume 019-4265833 @ 04-7590667 (Office)

      Delete

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
Sila tinggalkan pesanan, pertanyaan atau sebarang cadangan anda di sini yer..
InsyaAllah, kami akan memberikan responds kpd anda..

Terima kasih kerana berurusan dengan kami..
Terima kasih kerana sudi lawati blog kami..
Sila datang lagi yer..
With Love ❤ ❤ ❤
{。^◕‿◕^。}

Popular posts from this blog

PLUM/PRUNE

JAMBU BATU

KELEBIHAN HERBA