PLUM/PRUNE



Spa ska buah2an, sp yg x ska kn…pasti sume ska mkn buah..
Mklumla dlm buah kn byk khsiat y tersmbnyi…ada baik ada bruknye jg…
Jom bc nie…

PLUM/PRUNE

Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti.

Pokok plum ditanam di seluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Moldova, Belarus, Ukraine, Romania dan Jerman juga merupakan penghasil utama buah plum di Eropah. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah plum di Asia.

Buah plum berbentuk bulat dan kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh berwarna merah, ungu atau kuning. Plum dikelaskan ke dalam enam kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, liar dan Eropah atau taman. Ianya adalah kepelbagaian jenis , warna, saiz, dan bentuk. Di antara bentuk yang ada ialah bulat, bujur dan bentuk hati. dan kulit buah plum boleh berwarna:

Merah ungu

Ungu

Biru tua
Merah hijau

Kuning jingga
Hijau
Merah



Plum tergolong dalam tanaman genus Prunus yang juga bersangkutan dengan buah pic, nektarin dan badam. Kesemua buah ini memiliki biji keras di bahagian tengahnya. Plum sedap dimakan segar dan setelah dikeringkan. Buah plum yang telah dikeringkan dikenali sebagai buah prun.




KHASIAT BUAH  PLUM (PRUN)

Buah plum memiliki banyak khasiat dan baik untuk dimakan semua golongan. Buahnya yang kaya dengan antioksidan, sekaligus mencegah kerosakan pada neuron dan lemak-lemak yang membentuk sebahagian membran sel.

Pengambilan buah plum juga dikatakan mampu membantu dalam penghasilan dan penyerapan besi dalam tubuh. Ia sekali gus membawa kepada peredaran darah yang baik dan mampu membawa kepada pertumbuhan tisu-tisu yang sihat.

Kekerapan memakan buah plum boleh mencegah kemerosotan makula dan sebarang jangkitan pada mata dalam tempoh masa yang panjang. Selain menyihatkan, sering mengamalkan makan buah plum juga mengekalkan ketajaman penglihatan.

Kajian mendapati bahawa buah plum memiliki agen anti barah yang dikatakan mampu membantu mencegah pertumbuhan sel-sel berkanser dan tumor dalam tubuh. Dengan memakan buah plum dalam masa yang berpanjangan juga boleh mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung. Ini kerana buah plum memiliki agen-agen pembersih tertentu yang memastikan darah tetap asli dan mencegah komplikasi pada jantung.
Kandungan polifenol yang tinggi dalam plum boleh mengembalikan jisim dan struktur tulang. Plum boleh mencegah osteoporosis dan melindungi jantung dengan menurunkan kadar kolesterol.
Buah plum memiliki kandungan vitamin C yang tinggi. Ini bermakna buah plum mampu membantu melindungi tubuh menentang masalah kesihatan seperti asma, barah kolon, osteoartritis dan artritis reumatoid. Pengambilan buah-buahan kaya dengan vitamin C, juga membentuk ketahanan menentang agen-agen berjangkit, menentang keradangan dan radikal bebas yang berbahaya pada kesihatan.

Buahnya juga kaya dengan kumpulan vitamin B kompleks seperti niasin, vitamin B-6, dan asid pantothenic. Vitamin-vitamin ini bertindak sebagai co-faktor membantu tubuh memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein. Vitamin K juga perlu dalam kebanyakan fungsi faktor-faktor pembeku dalam darah dan juga metabolisme tulang. Ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit Alzheimer.

Isi buah plum rendah kalori dan tidak mengandungi lemak tepu tetapi mengandungi pelbagai sebatian, mineral dan vitamin yang merangsang kesihatan. Sebatian-sebatian yang hadir dalam buah plum seperti serat pemakanan, sorbitol dan isatin terkenal dalam membantu mengawal fungsi sistem penghadaman dan ini amat baik bagi mereka yang menghadapi masalah sembelit.

Buah plum juga kaya dengan mineral seperti kalium, florida dan besi. Besi amat diperlukan untuk pembentukan sel-sel darah merah. Manakala kalium adalah komponen sel penting yang dikatakan mampu mengawal kadar degupan jantung dan tekanan darah.

Membersihkan darah:
Penelitian menunjukkan bahawa serat dalam plum membantu mencegah pembekuan trombosit, yang dapat menyebabkan kelainan darah seperti arteriosklerosis dan tekanan darah tinggi. Plum membantu membersihkan darah dengan oxygenating dan disyorkan untuk mereka yang menghidap stroke dan penyakit jantung koroner. Selain itu plum meningkatkan fungsi pencernaan dan hati yang dapat mencegah sembelit.

 sebelum olahraga:
Ambil beberapa plum sebelum Anda mula berolahraga kerana mengandung asam sitrat yang boleh mencegah keletihan dan ketegangan otot.

Jantung yang sihat:
Buah plum juga membantu menurunkan kadar kolesterol. Serat dalam plum adalah serat larut, yang mengikat kolesterol dan meningkatkan ekskresinya dari tubuh. Ini memiliki kesan yang sama dengan glukosa darah dan membantu menormalkan kadar gula darah dengan memperlambat penyerapan glukosa.

Mata yang sihat:
Vitamin A dalam plum membantu mencegah degenerasi makula dan jangkitan pada mata. Pengambilan plum secara rutin dapat meningkatkan kesihatan mata.

Kaya antioksidan:
Penelitian terbaru menyebutkan plum membantu melawan penyakit kanser kerana kaya dengan antioksidan. Dan berkesan untuk pesakit yang menderita kanser dan penyakit jantung. Antioksidan di dalamnya diperlukan untuk memerangi radikal bebas .

Kesihatan kulit dan rambut:
Plum dapat merawat kulit dan rambut yang kusam. Jadi jangan lupa mengamalkan plum setiap hari untuk mendapat kulit dan rambut yang sihat dan cantik.

PRUNE

Plum yang telah dikeringkan adalah buah prun. Ada 2 cara pengeringan buah plum iaitu secara semulajadi (dibiarkan atas pokok sehingga kering) dan kering menggunakan ketuhar dalam suhu yang rendah.


Produk Prune

Tetapi sesiapa yang mempunyai masalah batu dalam buah pinggang tidak digalakkan mengambil buah plum dan prun berlebihan. Dapatkan nasihat dari pakar perubatan dahulu.

Comments