PLUM/PRUNE
Spa ska buah2an, sp yg x ska kn…pasti sume ska mkn buah.. Mklumla dlm buah kn byk khsiat y tersmbnyi…ada baik ada bruknye jg… Jom bc nie… PLUM/PRUNE Dikenali juga dengan nama saintifiknya Prunus domestica, buah plum telah menjadi subjek penyelidikan kesihatan atas keunikan kandungan zat fito yang tinggi dikenali sebagai asid neochlorogenic dan chlorogenic yang terdapat di dalamnya. Sebatian ini ditemui dalam plum dikelaskan sebagai phenol dan fungsinya sebagai antioksidan memang telah terbukti. Pokok plum ditanam di seluruh benua Eropah, dari selatan Itali hinggalah ke utara Norway dan Sweden. Moldova, Belarus, Ukraine, Romania dan Jerman juga merupakan penghasil utama buah plum di Eropah. Turki dan China merupakan negara utama penghasil buah plum di Asia. Buah plum berbentuk bulat dan kulitnya amat lembut dan bersinar. Ia boleh berwarna merah, ungu atau kuning. Plum dikelaskan ke dalam enam kategori iaitu Jepun, Amerika, Damson, hiasan, liar dan Eropah atau ...