JAMBU BATU
JAMBU BATU
Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak cabang. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji.
Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau suku Myrtaceae.
Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang berkhasiat sebagai antibakteria.
Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.
Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia …
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.
Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.
Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.
Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.
jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.
bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.
Khasiat Jambu Batu
Namun khasiatnya tidak akan diperolehi jika tidak mendapatkannya dalam kuantiti yang mencukupi, makan sekali tak akan terus dapat khasiat, lebih baik diamalkan selalu.
Jom kita tengok apa khasiat buah jambu batu untuk kesihatan.
Jambu batu mengandungi vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C, zat besi, fosforus,kalsium, kalium, natrium, protein, serat, asid nikotinik, asid pantotenik dan pottasium.
1. Menghilangkan rasa mual semasa mengandung.
2. Menurunkan paras kolesterol dalam darah.
3. Menurunkan paras gula dalam darah.
4. Mengurangkan berat badan.
5. Mengawal tekanan darah.
6. Membantu pertumbuhan kulit yang licin dan sihat.
7. Mampu menaikkan sel darah putih dan merah.
8. Meningkatkan kadar sistem metabolisme
9. Membantu penghadaman dan mengelak sembelit, mengubat cirit-birit.
10. Ejen antioksida (melambatkan proses penuaan - awet muda, melawan kanser, immuniti)
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
Sila tinggalkan pesanan, pertanyaan atau sebarang cadangan anda di sini yer..
InsyaAllah, kami akan memberikan responds kpd anda..
Terima kasih kerana berurusan dengan kami..
Terima kasih kerana sudi lawati blog kami..
Sila datang lagi yer..
With Love ❤ ❤ ❤
{。^◕‿◕^。}