OREN
BUAH OREN
Dalam banyak-banyak buah, saya rasa
ramai yang suka buah oren. Bukan saja sedap dimakan, jus oren pun memang sedap
diminum. Tapi pastikan jus yang asli saja, bukannya yang sudah dicampur dengan
gula, apatah lagi gula yang berlebihan. Takut nanti niatnya ingin sihat, tapi
akhirnya kena kencing manis pula.
Pada asasnya, semua orang tahu
bahawa buah-buahan mengandungi khasiat yang pelbagai. Tapi tahukah anda
mengenai khasiat buah oren terhadap kesihatan anda? Vitamin C? Ya, oren adalah
sumber yang kaya dengan vitamin C. Namun, bukan itu saja. Tahukah anda bahawa:
- Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita.
- Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat
- Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren.
- Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium yang dibekalkan oleh buah oren.
- Demi menjaga kesihatan sistem kardiovaskular dan memelihara keseimbangan elektrolit dalam tubuh, potassium dalam buah oren dapat membantu.
- Makanan yang kita ambil dapat ditukarkan menjadi tenaga dengan thiamin yang terkandung dalam buah oren.
Tips:
Kulit buah oren yang bewarna putih
sebenarnya mengandungi vitamin C yang lebih banyak berbanding isi buah oren itu
sendiri. Jika anda ingin menikmati buah oren, tinggalkan sedikit lapisan putih
kulitnya untuk dinikmati bersama isinya. Walaupun agak pahit, namun ini demi
kesihatan anda juga.
Tapi tak lah pahit sangat sebenarnya…(^_^)
Comments
Post a Comment
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
Sila tinggalkan pesanan, pertanyaan atau sebarang cadangan anda di sini yer..
InsyaAllah, kami akan memberikan responds kpd anda..
Terima kasih kerana berurusan dengan kami..
Terima kasih kerana sudi lawati blog kami..
Sila datang lagi yer..
With Love ❤ ❤ ❤
{。^◕‿◕^。}