GREETING
Assalamualaikum....
.....Jom intai sekejap...
lama betol x bersua...
jom refreash semula (^_^)
Khasiat Kunyit Putih (curcuma mangga)
Nama ilmiah : Curcuma mangga
Nama daerah :
kunyit putih, kunir putih, temu bayangan, temu poh (Jawa), temu pao (Madura), temu mangga, temu
putih (Melayu), koneng joho, koneng lalap, konneng pare (Sunda)
Kandungan kimia dan kesannya perubatannya.
Kunyit putih curcuma mangga, kaya
akan kandungan kimia seperti tanin, kurkumin, amilum, gula, minyak asiri,
damar, saponin, flavonoid, dan protein toksis yang dapat menghalang pembiakkan
sel kanker. Kunyit putih mempunyai bau khas seperti mangga kweni. Tanaman ini banyak dimanfaatkan ubinya. Mempunyai
khasiat antipiretik (penurun panas), antitoksik (membuang racun),
laksatif (pencair) dan antioksidan. Khasiat kunyit putih ini diantaranya, mengatasi penyakit kanser,
sakit perut, mengecilkan rahim sesudah bersalin, menyempitkan organ kewanitaan,
membuang lemak perut, menambah nafsu makan, menguatkan syahwat, mengatasi
gatal-gatal pada vagina, gatal-gatal kulit (alergik), luka, asthma, radang
saluran nafas (bronkitis), demam, kembung dan masuk angin.
Berdasarkan catatan Pengawasan Ubat Tradisional
Ditjen POM, penelitian tentang kunyit putih ini telah dilakukan di Cina sejak
tahun 1988. Kunyit putih diketahui banyak mengandung minyak atsiri yang terdiri
atas curdione dan curcumol. Memiliki sifat antioksidan yang dapat menahan zat
radikal bebas penyebab tumbuhnya sel kanser, anti-radang serta dapat meningkatkan sel darah merah.
Kunyit Putih (Curcuma
mangga), sebagai anggota keluarga besar Curcuma, mengandung zat Kurkumin. Dalam buku
Encyclopedia of Medical Plants dinyatakan, Kurkumin mempunyai khasiat
anti-oksidan dan anti-radang. Bahkan khasiat Anti-Oksidannya lebih kuat dari
vitamin E, sedangkan khasiat anti-radangnya lebih kuat daripada Hidrokortison
Kimia / Sintetis.
Menurut laporan American Institute of Cancer Report yang dimuat The New York Times akhir Julai 1999, Kanser dapat dicegah dengan kunyit. Zat anti-oksidan pada Kunyit Putih berfungsi mencegah kerosakan gen, yang mana menjadi penyebab utama terjadinya kanser. Sedangkan kurkumin bersama Feruloyl dan 4-Hydroxy-Cinnamoyl adalah senyawa Anti-radang yang terdapat pada Kunyit Putih.
Kesimpulannya, kedua-dua kandungan Kurkumin tersebut sangat berperanan dalam memerangi Kanser, iaitu mencegah kerosakan Gen sekaligus mencegah Peradangan (Inflamasi), kerana pada penyakit Kanser selalu terjadi peradangan.

Comments
Post a Comment
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
Sila tinggalkan pesanan, pertanyaan atau sebarang cadangan anda di sini yer..
InsyaAllah, kami akan memberikan responds kpd anda..
Terima kasih kerana berurusan dengan kami..
Terima kasih kerana sudi lawati blog kami..
Sila datang lagi yer..
With Love ❤ ❤ ❤
{。^◕‿◕^。}