PUDINA



Berbicara tentang pudina, apa je yang kita tahu..selalunya kt mana yea kita jumpa..
Klau digunakn dlm masakan kita jrg dngr kn, tp selalu dngr bila kita bli gula-gula ataupun ‘chewing gum’ kn??
Jom kita tgok lbh detail skit tntg kgunaan daun pudina…

Pokok Pudina dan kegunaannya.

Perihal Pokok Pudina / Mint Herba
  • Terdapat 600 varieti herba dari jenis mint ini diseluruh dunia, yang dikenali melalui berlainan aromanya.
  • Mentha rotundifolia dari famili tumbuhan Labiatae
  • Juga dikenali sebagai pineaple mint atau mint nenas kerana aromanya bau buah nenas.
  • Pokoknya berbatang agak lembut, oleh itu ia boleh tumbuh menjalar dan juga menegak dengn ketinggiannya boleh mencapai sehingga 1 kaki!
  • Daunnya bersaiz kecil , bujur panjang dan bulat dihujung bergerigi ditepi, berwarna hijau.
  • Tekstur daunnya pula sedikit berkedut dipermukaannya.
  • Jika dipotong atau diramas daunnya, ia akan mengeluarkan bau yang unik tetapi menarik.
Khasiatnya:
  • Membuang atau mengeluarkan angin
  • Meredakan mulas perut
  • Melegakan pening kepala
  • Mengekalkan awet muda
  • Menghapus bau mulut dan bau badan

Antara lain khasiat daun pudina mengikut spesies :

  • ·         Diantara spesies iaitu Pudina jenis Moroccan (Mentha spicata) adalah diantara yang dikenal pasti sangat berkesan dalam meredakan kekejangan otot.
  • ·         Pudina jenis Rubra (Mentha aquatica) digunakan untuk merawat masalah cirit-birit iaitu dengan memakan daun pudina segar sebagai ulam atau dibuat jus.
  • ·         Pudina jenis Mentha arvensis, daun pudina Jepun boleh melegakan selsema dan menghilangkan rasa loya.
  • ·         Pudina jenis Crispa (Mentha x piperita) boleh menjauhkanatau mampu menghalau atau menghindar dari tikus dalalm rumah atau dikawasan kebun.


Khasiat daun pudina didakwa boleh membantu system penghadaman kita apabila kita mengambilnya. Laporan dari pakar klinikal mendapati bahawa kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan “flatulens”. Ia juga bersifat sebagai antiseptic, antiparasit dan antivirus. Sifat ini sangat baik untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita yang tidak mudah diserang bakteria dan virus seperti selsema, demam dan sebagainya. Ada laporan dan dakwaan bahawa pemakanan daun pudina secara betul mampu dalam meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Aktiviti berpeluh merupakan satu proses yang sangat baik dalam kesihatan. Peluh sebenarnya adalah satu proses yang menyahkan segara toksin yang hendak dibuang oleh tubuh badan manusia.

Sedar tak, kita selalu mengunyah ‘chewing gum’ untuk menghilangkan stress, selalunya yang berperisa pudina kerna memberi rasa yang tenang..sekarang dah sedar kan khasiat-khasiatnya…

Comments

Popular posts from this blog

PLUM/PRUNE

JAMBU BATU

INFO UNTUK SUME (^_^)