FAKTA TENTANG MADU




MADU
  • Madu adalah antioksidan yang mampu memperbaiki keindahan kulit, melembutkan dan membuat awet muda.
  • Di Mesir, ditemukan madu yang masih berkualiti baik padahal sudah berusia 5,000 tahun.
  • Suatu fakta menarik adalah penternak lebah terhindar dari kanser dan penyempitan pembuluh darah.
  • Kenapa permaisuri kerajaan Inggeris dan Ratu Elizabeth berumur panjang? Salah satu rahsianya adalah madu.  Bagi keluarga kerabat Inggeris, sarapan madu adalah kebiasaan setiap hari.  Mereka menyapu madu terbaik di atas roti untuk dijamah.
  • Madu menyajikan energi dalam dua tahap.  Pada tahap pertama, glukosa dalam madu yang diserap dengan cepat oleh tubuh terus menghasilkan energi.  Pada tahap kedua, fruktosa yang lebih lambat diserap tubuh menjaga ketersediaan energi.
  • Lebah Ratu hanya seekor dalam setiap koloni dan mengawal semua kegiatan lebah betina dan lebah jantan.  Tugas utamanya ialah kahwin dan bertelur.  Lebah ratu yang aktif mampu bertelur kira-kira 2,000 butir sehari dan usia hidupnya hanya 3 tahun.
  • Lebah Jantan pula bertugas mengawini lebah ratu dan akan mati setelah kawin.

FAKTA MENAKJUBKAN MENGENAI MADU DAN KESIHATAN
  1. Madu mengandungi vitamin dan anti oksidan tetapi bebas lemas, kolestrol dan garam.
  2. Anda tak suka bayam? minum madu, ia mempunyai antioksidan pada paras kandungan yang sama dalam bayam dan ia baik untuk kesihatan jantung anda
  3. Salah satu antioksidan dipanggil 'pinocerin' hanya boleh ditemui di dalam madu.
  4. Sejak bertahun-tahun, penyanyi opera yang bersuara lantang mengamalkan madu untuk meningkatkan tenaga dalaman badan & melegakan tekak sebelum membuat persembahan.
  5. Madu adalah satu-satunya makanan yang mengandungi semua unsur yang perlu untuk kehidupan termasuk air.
  6. Madu mempunyai keupayaan untuk menarik dan menyerap lembapan, oleh itu ia sangat mujarab untuk merawat luka terbakar yang kecil dan mencegah parut.
  7. Madu mempercepatkan penyembuhan luka terbuka dan melawan jangkitan.
  8. Seawal Perang Dunia Pertama, madu telah dicampurkan dengan minyak ikan kod untuk merawat & mencuci luka di medan perang.
  9. Sains moden telah mengiktiraf madu sebagai agen bakteria barmakna ia boleh mencegah pertumbuhan sesetengah bakteria, yis dan kulat.
  10. madu dan sarang lebah merupakan bahan asas kepada krim kulit, lipstik dan losyen tangan.
  11. Pada awal tahun 1700-an, Permaisuri Anne dari England telah mencipta bahan campuran madu & minyak zaitun supaya rambutnya sihat dan bersinar.
  12. Kajian terkini membuktikan sesetengah atlit yang minum madu sebelum dan selepas acara sukan dapat mengembalikan semula keupayaannya lebih cepat dari mereka yang tidak minum madu.

TIPS MENJAGA KHASIAT MADU
-Jangan simpan madu di dalam peti ais atau di tempat yang panas secara langsung. simpan pada suhu bilik.
-Jangan simpan madu dalam bekas logam seperti besi
-Jika madu dalam botol masih mempunyai banyak gas, jangan goncang botol tersebut. ini dapat mengelakkan berlakunya letupan atau botol pecah akibat tekanan gas dalam botol tersebut.
-Jangan simpan madu ditempat yang berbau busuk, kerana madu bersifat mudah menyerap.
-Elakkan minum madu dan makan tembikai
-Minumlah 1 sudu besar madu bersama air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari
-Jangan minum madu menggunakan sudu besi atau logam

Comments

Popular posts from this blog

PLUM/PRUNE

JAMBU BATU

INFO UNTUK SUME (^_^)