COLLAGEN IN PERSON LIFE





Bermula dari usia 25 tahun, badan manusia kehilangan kolagen pada kadar 1.5% setahun. ini bermakna apabila usia mencecah 50 tahun, hampir separuh dari kandungan kolagen di dalam badan anda sudah tiada lagi. Bayangkan jika kolagen ini diandaikan sebagai tiang kepada rumah, apabila 50% kekuatan tiang sudah tiada lagi, rumah ini seperti menunggu masa untuk roboh.

Apabila mencecah usia 40an, bukan sahaja badan manusia kehilangan kolagen, akan tetapi kadar badan anda menghasilkan kolagen pun semakin berkurangan. Tidak hairanlah ketika ini, kedutan dan kenduran kulit semakin menjadi-jadi akibat kekurangan kolagen yang menyokong keanjalan kulit.

Akibat kekurangan kolagen, penyakit kemerosotan diri semakin menjadi, kecantikan semakin pudar, kesihatan semakin terjejas. Inilah sebab utama, kita perlu memastikan badan kita mendapat bekalan kolagen yang mencukupi supaya ianya yang merupakan bahan bina bagi kecantikan dan kesihatan diri dapat ditingkatkan. la bukan sahaja menghindari anda dari penyakit dan memelihara kecantikan seseorang, yang paling penting pengambilan kolagen dapat memberikan kualiti kepada kehidupan si pengamalnya.

Setelah memahami kepentingan membekalkan kolagen, persoalan seterusnya, apakah ciri-ciri kolagen yang paling baik untuk diamalkan? Ada 3 ciri yang anda perlu lihat iaitu sumber kolagen, saiz kolagen dan jumlah pengambilan kolagen sehari.





Kenapa perlu kolagen :

Kesihatan kulit

Oleh sebab kolagen membentuk 75 peratus daripada kulit badan, kehadiran kolagen amat penting untuk membina dan mengekalkan kulit yang sihat.

Susutan kolagen yang melembabkan pembentukannya bukan sahaja menyebabkan perkembangan kedutan dan kulit yang kelihatan tua, tetapi juga membantut proses pertumbuhan sel dan pembaharuan kulit. Akibatnya, kulit kehilangan serinya dan menjadi tidak bermaya.

Kini, para fanatik kecantikan terutamanya sedar akan penggunaan kolagen menawar, mengekal dan juga mengembalikan kekuatan dan ketahanan kulit bagi memastikan wajah yang kelihatan muda.

Oleh sebab fungsinya yang dapat menyokong kulit kita, kolagen mengukuh dan meningkatkan keanjalan kulit, tanpa perlu menjalankan operasi face-lift.

Selain itu, dengan memastikan penjanaan semula kolagen dalam badan yang menyumbang kolagen yang diperlukan kulit juga membantu pengisian sel kulit dan menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.

Oleh sebab itu, kolagen amat mujarab untuk menghalang parut yang berpunca daripada jerawat.

Kuku dan rambut


Hasil kajian Klinik Perubatan Universiti Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka panjang kolagen meningkatkan kestabilan dan ketahanan struktur protein.

Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang keguguran rambut. Ini menjelaskan kenapa kolagen didapati dalam syampu komersial, selain daripada kenyataan bahawa kolagen turut merupakan antara ramuan penting yang menentukan kepekatannya.

Pengurusan berat badan

Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh badan untuk membina tisu otot.

Apabila badan mendapat khasiat daripada protein kolagen ini, ia menguatkan lagi tisu otot nipis bagi membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh, jelas dan menarik.

Kini, terdapat banyak produk pengurusan berat badan yang mengesyor pengambilan kolagen sebelum waktu tidur.

Menguatkan tulang

Penyatuan kolagen yang secukupnya adalah penting untuk membentk kerangka tulang yang kuat.Oleh itu, kolagen juga dikenali sebagai kerangka utama tulang.

Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca daripada kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Pengambilan kalsium tambahan sebenarnya tidak dapat menangani masalah tersebut.

Hanya dengan pengambilan kolagen yang cukup dapat mengembalikan kepadatan tulang uang normal dan juga dapat memperlambatkan osteoporosis.


Comments

Popular posts from this blog

PLUM/PRUNE

JAMBU BATU

INFO UNTUK SUME (^_^)