BUAH OREN Dalam banyak-banyak buah, saya rasa ramai yang suka buah oren. Bukan saja sedap dimakan, jus oren pun memang sedap diminum. Tapi pastikan jus yang asli saja, bukannya yang sudah dicampur dengan gula, apatah lagi gula yang berlebihan. Takut nanti niatnya ingin sihat, tapi akhirnya kena kencing manis pula. Pada asasnya, semua orang tahu bahawa buah-buahan mengandungi khasiat yang pelbagai. Tapi tahukah anda mengenai khasiat buah oren terhadap kesihatan anda? Vitamin C? Ya, oren adalah sumber yang kaya dengan vitamin C. Namun, bukan itu saja. Tahukah anda bahawa: Oren mengandungi Beta Carotene, iaitu antioksida yang berkuasa yang memelihara kesihatan sel-sel kita. Oren mengandungi Kalsium, yang anda mungkin sudah maklum akan fungsi dan kepentingannya terhadap membina tulang dan gigi yang kuat Otak kita memerlukan asid folik untuk membesar dengan baik yang dibekalkan dalam buah oren. Tekanan darah juga dapat diseimbangkan dengan magnesium