Kenali Kami


Merupakan sebuah syarikat tempatan yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. BR Herba Resources di asaskan oleh En Rossli bin Md Isa dan telah memulakan operasinya semenjak awal 90-an yang berpangkalan di No 4, Kampung Senara, Kubur Panjang, Pendang, Kedah. BR Herba Resouces telah didaftarkan menurut peruntukan-peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dengan No. Pendaftaran 001796277-M dimana perniagaan yang didaftarkan adalah di bawah kategori Pokok Semaian dan Pembekal Produk Kesihatan dan Kecantikan.

Visi yang diilhamkan oleh En Rossli bin Md Isa masih diteruskan melalui matlamat syarikat iaitu menjadi pembekal utama herba kunyit putih. Disamping itu, kami turut menghasilkan beberapa produk berkualiti dan semula jadi yang berasaskan bahan utamanya, kunyit putih bagi menyokong kesihatan alam sejagat. Sesuai dengan sikap asli seorang usahawan, bila mana ada peluang terhidang di depan mata, beliau memulakan penyelidikan secara aktif dalam bidang perubatan herba

Dengan matlamat untuk menjadi peneraju di Malaysia dan negara-negara asia dalam produk kesihatan dan kesejahteraan kehidupan, BR Herba Resources sangat berdedikasi untuk terus menyumbang dalam produk inovasi dan kemerlangan sains.

Selain itu, BR Herba Resources mempunyai ladang semaian sendiri seluas 50ekar yang menempatkan semaian benih kunyit putih yang digunakan dalam penghasilan produk kesihatan serta menjadi pembekal kepada pihak yang berminat. Semestinya herba kunyit putih ini membawa sejuta kebaikan dan produk-produk yang dihasilkan juga dijamin selamat dan berkualiti tinggi.

Apa jua yang anda perlukan, kami harap anda dan keluarga tersayang akan seronok menikmati kehidupan yang lebih sihat melalui produk yang ditawarkan.


Popular posts from this blog

PLUM/PRUNE

JAMBU BATU

INFO UNTUK SUME (^_^)